3 Komplikasi Air Ketuban Sewaktu Kelahiran – Fakta Penting Patut Anda Tahu.

149589-425x377-birth1

Selaput Ketuban Pecah

Masalah ini turut dikenali sebagai PROM terjadi apabila selaput ketuban bayi menetas atau pecah sebelum kontraksi bermula. Jika hal ini berlaku, air ketuban akan keluar melalui serviks atau vagina. Dalam kehamilan cukup bulan, proses kelahiran lazimnya bermula 24 jam selepas selaput ketuban pecah. Namun, jika kelahiran tidak terjadi juga berlaku selepas tempoh ini, kandungan air ketuban di dalam rahim akan berkurangan sehingga memungkinkan jangkitan yang boleh membahayakan bayi. : air ketuban bocor

PROM berlaku antara 5% hingga 10% dalam kehamilan cukup bulan dan ia dikatakan menyumbangkan kepada 30% kelahiran pramatang. Cara mengendalikan PROM bergantung kepada usia kehamilan dan kematangan paru-paru bayi. Jika kehamilan anda menghampiri tarikh jangka bersalin, kebanyakkan doktor akan memberi pencetus kontraksi(induce) sama ada oksitosin atau gel prostaglandin yang kadang kala turut disertai dengan oksitosin.

Namun, ada juga doktor yang membuat pemantauan terlebih dahulu dalam tempoh 72 jam. Selepas tempoh itu, doktor akan memberi ubat pencetus kontraksi jika perlu. Jika terdapat sebarang jangkitan tetapi anda dan bayi berupaya untuk melalui proses kelahiran normal, antibiotik akan diberikan. Jika bayi songsang atau denyutan jantungnya menunjukkan dia tidak boleh dilahirkan secara normal maka anda perlu menjalani proses kelahiran secara pembedahan.

Sekiranya PROM berlaku di awal usia kehamilan, paru-paru bayi mungkin masih belum matang untuk bertahan di luar rahim. Untuk itu, doktor akan memantau kehamilan dan menunggu sehingga usia bayi lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk mengeluarkannya.

Oleh itu, setiap hari anda akan dipantau untuk memastikan bayi adalah selamat. Antibiotik diberikan bertujuan untuk mengelak atau merawat sebarang jangkitan. walau bagaimanapun, jika anda telah mengalami jangkitan serius, pembedahan akan dibuat.

timing-contractions

Air Ketuban Keruh

Selepas selaput ketuban pecah ataupun air ketuban bocor, segelintir wanita mungkin melalui pengalaman air ketuban berwarna coklat kehijauan tiris melalui vagina. Ini merupakan petanda bahawa mekonium telah pun mengotori air ketuban. Jika ini terjadi pada anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Mekonim seharusnya dikeluarkan selepas bayi dilahirkan bukan ketika selaput ketuban pecah. Mekonium yang mengotori selaput ketuban turut menjadi petanda bawah bayi tidak dihat(fetal distress). Lebih teruk lagi jika bayi tertelan air ketuban yang telah dikotori dengan mekonium,ia akan memberi kesan kepada paru-paru dan menyebabkan masalah pernafasan. Bagi mengatasi kejadian ini, mulut dan hidung bayi akan disedut menggunakan alat khas selepas berjaya dikeluarkan. Meskipun doktor melakukan proses penyedutan ini, ada kalanya mekonium sudahpun masuk ke dalam paru-paru bayi sebelum dia dilahirkan. Jadi, ia mungkin perlu di letakkan di dalam ventilor untuk membantunya bernafas dengan baik.

Proses Kelahiran Panjang

Kelahiran normal terbahagi kepada tiga fasa. Peringkat fasa pertama ialah ketika rahim mengalami kontraksi dan serviks meregang sehingga 10sm(4 inci). Di dalam fasa pertama ini terdapat tiga lagi peringkat iaitu peringkat awal iaitu kontraksi bermula dan serviks mula membuka, peringkat aktif di mana serviks meregang dari 3cm hingga 8cm (1-3inci) dan kontraksi sangat kuat dan kerap serta peringkat peralihan ketika kontraksi sangat kuat dan kerap dan serviks buka sepenuhnya iaitu 10cm.

Peringkat kedua merupakan peringkat meneran dan bayi dikeluarkan. Manakala peringkat ketiga ialah proses pengeluaran plasenta.

Proses kelahiran yang panjang terjadi apabila kontraksi yang kuat dalami lebih daripada 20 jam tetapi serviks tidak meregang sepenuhnya. Kesannya proses tersebut tidak memasuki peringkat aktif.

Apabila hal ini berlaku, doktor akan memberi oksitoksin. Walaubagaimanapun penggunaan oksitoksin yang terlalu banyak meningkatkan risiko untuk anda melahirkan secara pembedahan. Maka ada doktor yang mengelak penggunaan oksitison tetapi mengantinya dgn ubat penahan sakit.

Kadang kala perenggangan serviks boleh berhenti atau menjadi perlahan ketika peringkat aktif biarpun ketika kontraksi sangat kuat dan kerap. Jika perengangan serviks berhenti lebih dua jam pada peringat ini atau perlahan, lebih 4 jam dan kontraksi hilang rentaknya, oksitosin boleh membantu mengatasi masalah ini.

Di Kuala Lumpur, jika anda mengalami air ketuban bocor sebegini, anda boleh pergi ke hospital yang berdekatan

 

 

Leave a Reply