6 Cara Kenali Waktu Subur Supaya Dapat Hamil Segera.

tanda-tanda-wanita-sedang-dalam-masa-subur

1. Perubahan Mukus Serviks

Apabila tiba waktu pengovulan, mukus serviks akan berubah sama ada daripada segi amaun mahupun bentuk fizikalnya. Lazimnya dalam tempoh bukan pengouvulan, rupa mukus serviks adalah melekit mahupun langsung tiada. Walau bagaimanapun, apabila tiba pengovulan, mukus serviks lebih banyak dan kelihatan seperti putih telur mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih.

Kelebihan

  • Kaedah ini 100% percuma
  • Dipercayai sebagai salah satu petunjuk paling tepat untuk anda melakukan hubungan asmara agar memudahkan proses kehamilan.
  • Membolehkan anda mengenali tubuh dengan lebih baik

Kelemahan

  • Segelintir wanita keliru ketika mengaplikasikan kaedah ini.
  • Bukan petunjuk yang jelas. Mukus serviks subur mungkin hadir tetapi anda tidak berupaya melalui prosus pengovulan – ini untuk wanita yang mengalami PCOS
  • Penggunaan clomid atau antihistamine boleh mengeringkan mukus serviks lalu menyukarkan anda mengesannya

waktu subur

Keinginan Seks Meningkat.

Kajian membuktikan kebanyakkan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim dalam sempat mereka subur. Waktu ini adalah amat sesuai untuk melalukan seks untuk hamil.

Kelebihan

Jika mengadakan seks walaupun tidak berupaya melalui proses pengovulan. anda sebenarnyanya masih dapat meluangkan masa indah bersama suami.

Kelemahan

Tekanan untuk hamil boleh membantutkan keinginan seks. Malah dia juga boleh menyebabkan keinginan seks menurun.

Perubahan Suhu Badan Meningkat.

Mecatat BBT merupakan antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengesan ovulasi di kalangan wanita yang ingin hamil. BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas proses pengovulan. Peningkatan suhu ini disebabkan kehadiran hormon progesteron. Ia akan meningkatkan sejurus selepas tempoh pengovulan berlaku. Dengan mencatat BBT, anda berupaya mengesan sebarang perubahan peningkatan suhu badan.

Kelebihan.

  • Jika suhu badan meningkat, anda hampir positif untuk menghampiri proses pengovulan.
  • Catatan yang dibuat dapat membantu doktor yang merawat anda melalukan dianogsis

Kelemahan.

  • Tidak mampu memberi sebarang tanda bahaa tempoh pengovulan hampir tiba. Hanya sah selepas tempoh tuh.
  • Jika corak tidur anda tidak menentu atau bekerja pada waktu malam, carta BBT tidak dapat membantu.

Perubahan Kedudukan Serviks

Sama seperti perubahan mukus serviks ketika proses pengovulan, kedudukan serviks turut berubah. Apabila anda sangat subur, serviks akan lebih tinggi lembut dan terbuka

Kelebihan

  • Ia adalah percuma
  • Membantu anda mengenal tubuh dengan lebih baik.
  • Membolehkan anda mengesan tempoh pengovulan walaupun mukus serviks keting kesan menggunaan clmid.

Kelemahan

Sesetengah wanita keliru ketika mengaplikasikan kaedah ini. BUkan petunjuk tepat. Sama seperti mukus servis, anda boleh mendapat petunjuk bahawa serviks mungkin subur tetapi anda tidak berupaya melalui proses pengovulan

Payu dara lembut

Terdapat selintir wanita yang mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang terkandung dalam tubuh di mana ia sedang melalukan persiapan untuk kehamilan yang mungkin terjadi.

Kelebihan

  • Kaedah ini percuma
  • Anda dapat mengenali tubuh sendiri dengan lebih baik’
  • Bukan petunjuk yang tepat.
  • Payu dara menjadi lembut sebelum dan selepas tempoh pengovulan. Malah boleh juga terjadi sebelum haid. Ia mungkin kesan sampingan penggunaan ubt subur

test-kesuburan

Ujian Petunjuk Tempoh Subur

Salah satu lagi cara untuk anda mengesan hari subur ialah menggunakan kit petunjuk tempoh subur. Kit ini memerlukan anda mengunakan air kencing untuk diuji sehari sekali selama seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan.

Kelebihan

  • Jika anda tidak menggunakan kaedah mencatat BBT, cara ini adalah pengantinya. Bagi anda yang mengalami masalah mukus serviks kering pun boleh menggunakannya.
  • Kaedah ini turut boleh digunakan bersama dengan carta BBT bagi mendapatkan pengesahan tambahan.

Kelemahan

  • Kaedah ini agak mahal berbanding kaedah-kaedah yang lain.
  • Anda mungkin memerlukan lebih daripada satu kit setiap kitaran.
  • Bukan petunjuk jleas.
  • Keputusan ujian mungkin positif tetapi anda tidak berupaya melalui proses pengovulan

Leave a Reply