berpantang dan tumpah darah?

Bertungku-Pantang

Orang-orang tua kita sangat berdisiplin bila bicara mengenai berpantang serta amalan berpantang. Katanya untuk elakkan BENTAN atau TUMPAH DARAH. Terbukti amalan berpantang mereka memberi kesan kepada kesihatan mereka sehingga ke usia 60-70 tahun atau lebih daripada itu!

Tumpah darah itu apa?

Pada tahun 2005, 14 peratus daripada kematian selepas bersalin di Malaysia adalah disebabkan kes tumpah darah. Pengesanan awal dan pengetahuan adalah antara faktor penting menjadikan kejadian ini menurun daripada 27 peratus pada 15 peratus tahun sebelumnya.

Daripada sudut perubatan, tumpah darah boleh dibahagikan kepada primer dan sekunder. Jumlah darah yang biasa dikatakan tumpah darah ialah pendarahan melebihi 0.5 liter untuk bersalin biasa dan 1 liter untuk bersalin secara pembedahan.

Pendarahan jenis primer (awal) berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran. Pendarahan primer ini disebabkan oleh keadaan rahim yang tidak berupaya untuk mengecut dengan baik, uri atau cebisan uri masih tertinggal di dalam rahim atau luka besar di bahagian pangkal rahim.

Pendarahan jenis sekunder pula, komplikasi ini berlaku pada tempoh selepas 24 jam sehingga 6 minggu selepas kelahiran bayi. Kemungkinan berlakunya pendarahan sekunder ini jika terdapat jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis). Menurut Dr. khairiah (petikan Majalah Pa&Ma edisi Februari 2012), wanita hamil yang mengalami anemia (kekurangan hemoglobin atau sel darah merah) amat mudah untuk mengalami komplikasi ini. Pengambilan vitamin ketika hamil mampu membantu ibu-ibu ini untuk mengawal paras hemoglobin serta mengelakkan daripada berlakunya tumpah darah.

Set shaklee ketika hamil dan berpantang mampu membantu ibu-ibu ketika hamil dan berpantang. Kerana Shaklee percaya keperluan nutrisi ibu hamil serta berpantang amat penting sekali!

Mencegah lebih baik daripada merawat ^^, Jom ibu-ibu, kita usaha serta bertawakkal!

set hamil+kelahiran

Leave a Reply