Kisah Diana Danielle Hamil Yang Sangat Mengujakan

diana danielle hamil

Di sini kami share gambar-gambar Diana Danielle hamil untuk anak kedua dan anak pertamanya.

Rasanya baru sahaja kita mendengar perkhabaran yang aktres Diana Danielle sudah pun hamil anak kedua menerusi portal Murai tidak lama dulu.

Rupanya dalam diam tak diam kandungan Diana Danielle sekarang sudah memasuki 7 bulan.

Patutlah ramai media dan peminat sudah lama tidak melihat kelibat Diana Danielle di mana-mana majlis mahupun kemunculannya di mana-mana program televisyen.

Terbaru, isteri kepada aktor Farid Kamil ini telah memuatnaik beberapa foto dirinya yang sedang hamil menerusi akaun Instagram miliknya.

Menariknya, perut atau baby bumb Diana Danielle Hamil seperti tidak jelas kelihatan ataupun menunjukkan dia sedang sarat hamil.

Sebaliknya dia masih lagi cantik dan kurus seperti dahulu.

diana danielle hamil diana danielle hamil dd3 diana danielle hamil diana danielle hamil diana danielle hamil diana danielle hamil

Diana Bersalin di Dalam Air

Pelakon Farid Kamil berasa lega melihat isterinya Diana Danielle kurang mengalami kesakitan selepas melalui proses kelahiran dalam air (water birth) di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 19 November lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 34, berkata, menerusi teknik itu, Diana tidak perlu melalui kontraksi terlalu lama dan proses bersalin hanya berlaku dalam tempoh masa sejam.

“Melalui proses kelahiran water birth, kami sudah difahamkan bahawa ia memudahkan ibu untuk bersalin dan kurang sakit.

“Alhamdulillah, situasi sakit Diana hanya berlaku seketika sahaja. Kira-kira pukul 6 petang (18 November) Diana mula berasa sakit, kemudian saya bawanya ke hospital pada pukul 3 pagi (19 November) dan pada 4.05 pagi, anak perempuan saya dilahirkan,” katanya kepada mStar Online.

3-nur-aurora-nama-anak-kedua-diana-danielle-farid-kamil-rotikaya-700x420

Farid Kamil Dan Diana Danielle Pilih Nama Nur Aurora Untuk Anak Kedua.

Tambah Farid, memandangkan anak perempuannya dilahirkan pada pagi Subuh, dia dan Diana memberikan nama Nur Aurora yang membawa maksud Cahaya Fajar.

Sementara itu, Farid berkata, dia kini lebih tertumpu menjaga anak sulungnya, Muhammad yang berusia dua tahun, manakala Diana, 24,  pula menguruskan Aurora.

“Lagipun saya masih janggal memegang Aurora kerana merasakan dia terlalu kecil dan halus.

“Risau pula kalau nak pegang dia. Takut dikasari,” ujarnya sambil memberitahu bayi keduanya itu lahir dengan berat 3.29 kilogram.

Sementara itu dalam perkembangan lain Farid akan mengakhiri kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) selepas 17 tahun di bawah naungan syarikat tersebut.

Dia ingin karier seninya melalui landasan baharu tanpa pembabitan MIG, selain mahu menerbitkan filem.sendiri menerusi syarikatnya iaitu Skygate One Sdn Bhd.

“Sudah tiba masanya untuk saya bergerak sendiri. Tetapi saya masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka dan mungkin juga akan bekerjasama.

“Tahun depan saya akan fokus di bidang penerbitan dan pengarahan pula. Rasanya keputusan keluar dari MIG selepas 17 tahun adalah tepat,” tuturnya.

Gambar-gambar Comel Aurorababy diana danielle aurora3 6-farid-kamil-akui-kekok-kendalikan-nur-aurora-rotikaya diana-danielle-bersalin-anak-kedua

 

Leave a Reply