MAKANAN & DIET UNTUK HAMIL

suppress-appetite

Rata-rata pasangan yang berkahwin tentu mahukan anak atau mahu menambah bilangan anak yang sedia ada. Antara tips dan cara untuk hamil yang dinyatakan dalam post ini adalah dengan menjaga pemakanan.

Diet pemakanan dan pengambilan nutrisi amat penting kerana ia boleh mempengaruhi kesuburan untuk mendapatkan anak. Berat badan yang berlebihan sehingga mencapai paras obesiti boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil kerana ia akan menggangu penghasilan hormon seterusnya akan menyebabkan kitaran ovulasi tidak teratur. Oleh hal yang demikian, pasangan yang sukar mendapat anak dinasihatkan bersenam dan menjaga berat badan.

Pada post kali ini, mari lihat makanan yang membantu kesuburan lelaki & wanita bagi mendapatkan zuriat. Tetapi perlu ingat, makanan perlulah diambil dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan kesan sampingan jika diambil secara berlebihan.

1. Makanan berzat besi

Ketika haid, wanita kehilangan banyak darah. Oleh itu, zat besi amat penting dalam menghasilan sel darah merah yang baru. Kekurangan zat besi atau sel darah merah boleh menggangu kitaran haid. Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah;

  • sayuran hijau
  • daging
  • kekacang
  • ikan

fe56634a55d32af79096ce92d241e092

2. Makanan bervitamin C

Vitamin C mampu membantu penyerapan zat besi daripada makanan. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C adalah;

  • brokoli
  • buah oren
  • tomato

fruits2

Brokoli juga mempunyai vitamin A yang membantu menghasilkan sperma yang sihat.

3. Vitamin B

Vitamin B mampu membantu dalam perlepasan telur ovum dan penempelan atau implantation ovum yang telah disenyawakan pada dinding rahim. Antara makanan yang kaya dengan vitamin B adalah

  • sardin
  • daging merah
  • salmon
  • yogurt

alimentos-ricos-en-vitamina-b12

4. Omega-3

Omega 3 penting dalam membantu pelepasan ovum. Bukan itu saja, omega-3 juga boleh meningkatkan bilangan sperma dan aliran darah ke bahagian organ sulit lelaki. Antara makanan yang kaya dengan omega-3 adalah

  • ikan
  • minyak ikan
  • walnut

sources-bonnes-graisses

5. Beta-carotene/ Beta-karotena

Beta-karotena mampu mengimbangkan hormon dan mengelakkan keguguran di awal kehamilan. Antara makanan yang kaya dengan beta-karotena adalah

  • sayuran bewarna oren/ kuning (e.g. lobak merah atau carrot)
  • sayuran hijau

betacarotene

6. Zink

Nutrisi zink di dalam makanan boleh meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang kaya dengan zink adalah

  • tiram
  • kupang/ kerang
  • udang galah (lobster)

1435820494-photo-o

7. Bawang putih

Bawang putih amat baik untuk kesuburan lelaki. Ia mampu meningkatkan pengaliran darah ke organ seksual lelaki. Selain itu, ia juga mampu melindungi sperma daripada rosak dan meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang.

peeled-garlic

8. Dark chocolate

Dark chocolate mempunyai asid amino yang menggandakan jumlah sperma dan air mani. Namun jangan terlebih makan kerana jika kuantiti dark chocolate terlalu berlebihan, ia mampu mengurangkan jumlah sperma.

DSC_0785-copycrop

 

Leave a Reply