MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

1-pregnant-food-opener-400x400

Pemakanan yang berkhasiat dan zat yang mencukupi amat penting bagi wanita yang sedang hamil untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu. Di bawah ini beberapa zat dan makanan penting yang disarankan kepada wanita hamil.

1. Sayuran

Sayuran hijau bukan sahaja bagus kerana mengandungi zat besi, malah ia juga kaya dengan asam folat atau folic acid. Zat besi mampu mencegah anemia atau kekurangan sel darah merah yang penting bagi menyalurkan oksigen kepada janin manakala folic acid penting bagi proses pembahagian sel yang berlaku.

maxresdefault

Ketika proses pembahagian sel, organ dan anggota badan janin terbentuk. Oleh hal yang demikian, jika kekurangan folic acid, proses ini akan terjejas dan menyebabkan kecacatan pada bayi seperti cleft lip, cleft palate dan kecacatan tiub saraf. Jumlah folic acid yang disarankan dalam sehari adalah 400mg.

Antara sayuran hijau yang bagus untuk perkembangan bayi adalah

  • bayam
  • asparagus
  • brokoli
  • sawi

2. Buah- buahan

Buah- buahan sangat bagus kerana mengandungi pelbagai vitamin. Selain itu ia juga kaya dengan serat yang boleh mencegah sembelit ibu mengandung. Buah kurma amat bagus dimakan ketika hamil. Begitu juga dengan buah pisang. Pisang mengadungi serat, vitamin C, folic acid dan potasium. Buah ini juga dikatakan membantu masalah mual dan morning sickness.

tumblr_mm2onhQnAQ1rbxlv3o3_1280

Buah-buahan yang dilarang ketika mengandung adalah

  • durian
  • nenas
  • betik muda
  • buah jeruk

3. Susu

Susu penting untuk ibu mengandung ia kaya dengan protein dan kalsium. Wanita lebih mudah mendapat osteoporosis bebanding lelaki kerana ketika wanita hamil, kalsium dari tulang ibu akan diserap untuk membentuk tulang janin. Osteoporosis adalah penyakit dimana ketumpatan tulang berkurang dan menyebabkan tulang mudah patah apabila terhentak atau terjatuh.

milk-cheese-yogurt

Jadi, untuk kesihatan yang berpanjangan, susu amat penting bagi wanita yang sedang mengandung. Kalsium juga boleh didapati dalam yogurt dan keju tetapi perlu berhati-hati kerana sesetengah yogurt mempunyai kandungan gula yang tinggi manakala sesetengah makanan berkeju mempunyai kandungan garam yang berlebihan.

4. Kacang

Kacang amat bagus untuk ibu hamil kerana kaya dengan protein.

Nuts-top-photo1

5. Omega 3

Omega 3 amat bagus untuk perkembangan otak bayi. Ia terdapat dalam ikan salmon dan telur.

mag04cookb1__1230489796_3429

Leave a Reply