Pengedar Shaklee Bagan Serai

pengedar bagan serai

PENGEDAR SHAKLEE BAGAN SERAI, PERAK

Assalamualaikum wbt.,

Apa kabar?

Semoga pembaca blog majalahvitamin.com sihat-sihat belaka dan sentiasa ceria tak kira di mana jua korang berada.

Alhamdulillah.  Saya gembira sangat kerana diberi peluang mencoretkan sesuatu di dalam blog yang penuh informasi ini. Saya  Midzrana Amirul selaku Pengedar Shaklee Bagan Serai, Perak amat berbesar hati untuk berkongsi apa jua tip dan kebaikan produk Shaklee kepada anda semua.

Jadi, jom baca kisah saya dengan salah satu produk Shakle. Cair habis masa ni. Kesan yang terbaik dengan izin Allah jua.

Selepas dari itu, bermulalah episode kehidupan saya untuk mengenal produk-produk yang lain pula. Serius! Saya terasa sangat penangan vitamin C dan takkan lupa sampai bila-bila.

SUPLEMEN VITA-C PLUS PENGGANTI UBAT PANADOL SAYA

Saya jatuh cinta dengan suplemen Vita-C Plus atau nama umumnya vitamin C. Kisahnya bermula begini…

Masa tu saya demam. Demam yang benar-benar kuat! Kepala saya mulai berdenyut-denyut. Mata saya lemah dan layu. Panas. Suhu badan dan kepala naik mendadak. Kepanasan itu saya dapat rasa di bahagian luar dan dalam tubuh.

Saya terpaksa berbaring sebab kepala pusing dan berpinar-pinar sambil menahan sakit.  Saya masih ingat lagi, saya baru selesai mengerjakan solat Isyak.  Dan sebelumnya saya seharian berada di bandar atas urusan tertentu. Iya. Dari pagi sampai ke magrib saya berjalan.

Mungkin keadaan tubuh yang benar-benar penat dan ditambah lagi dengan cuaca yang panas terik hari ini, sebab itulah datang petanda nak demam.

Dalam keadaan sedemikian, saya tidak larat untuk makan malam. Mak sendiri faham dengan situasi kepenatan saya itu dan beliau tidak memaksa saya keluar dari bilik.

“Penat anakku ni, kesian. Biarlah dia berehat” Hahaha…barangkali itulah yang terdetik di dalam hati mak selepas melihat keadaanku yang terbaring di katil.

Dalam keadaan menahan sakit dan macam-macam perasaan bercampur baur, entah macam mana aku bangun mencapai botol mineral yang tersedia di dalam bilik dan menelan bukan 1 biji vitamin C malah 2 biji sekaligus.

Tanpa perasaan. Iya selepas teguk aku sambung tidur semula. Memang tak sempat nak fikir apa-apa masa tu. Tawakal ja kepada Allah. Aku minum ni sebab kawan kata bagus untuk demam. Itu je ikhtiar yang ada.

Beberapa jam kemudian.

Peluh mulai menitik. Sejuk-sejuk rasanya peluh yang keluar dari seluruh badan termasuk muka dan leher.

Nak tahu? Suhu badan yang panas tadi bertukar sejuk (normal). Nyaman rasanya dan tak lagi perasaan seperti depan bara api..huhuhu. Saya terasa perubahan tersebut dalam keadaan separuh sedar masa tu sebab beberapa saat kemudian saya terlelap semula.

Alhamdulillah…

Panas bertukar sejuk. Sakit kepala hilang. Mata tak lagi layu dan kembali cerdas. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku penawar untuk masalah kesihatanku sebentar tadi.

Dan…

Pada keesokkan paginya saya kembali bangun dengan lebih bertenaga dan ceria!

Bayangkan kalau demam saya belum kebah? Pasti saya membawa kepala yang sakit, mata yang berat dan badan yang tak stabil, kan?

Itulah pengalaman pertama saya digoda oleh produk Shaklee. Ihiks. Dan bermula saat itulah saya bertekad untuk mendalami ilmu nutrisi dengan lebih mendalam terhadap kesihatan manusia.

Saya gembira dengan penangan vitamin C sehinggakan saya juga turut berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan-rakan dan keluarga. Dan pabila mereka pun memberi pengakuan yang sama, lagilah saya gembira! Bukan sebab saya jual dan dapat untung bisnes, tapi sebab saya gembira melihat mereka gembira dan menggantikan ubat Pandol di rumah. Hihi.

Justeru itu, jika anda mengalami masalah demam mahupun selesema biasa, saya sangat mengesyorkan akan menambah koleksi suplemen Vita-C Plus Shaklee ini di rumah anda.

“Sistem imun yang kuat, inshaAllah bisa melawan serangan penyakit (demam dan selesema) yang datang”

Boleh hubungi saya pada bila-bila masa sekiranya anda ingin membuat pesanan hari ini ataupun jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk-produk Shaklee.

PENGEDAR BAGAN SERAI, PERAK MALAYSIA

Midzrana Amirul

ID 1171364

014-6524751 (SMS ATAU WHATSAPP)

FB : Midzrana Amirul

Website : www.rujautih.com

 

Leave a Reply