Resipi Sedap & Senang Semasa Berpantang (Part 1)

Makanan-Dalam-Pantang1

What?! 40 hari tak boleh makan sedap masa pantang??? KFC? Pizza??

Assalamualaikum. Harini Admin nak share pelbagai resipi untuk ibu-ibu berpantang. Yang pasti bukan pizza hut atau kfc ye ibu-ibu. Tapi resipi ni semua sedap dan yang paling penting sangat simple untuk disediakan.

1.SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

004

Gambar sekadar hiasan

BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1. Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2. Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3. Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.

2. SUP LOBAK PUTIH 

DSC_0998Gambar sekadar hiasan

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris

bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

 

3.IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

DSC_0281
BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS DAN DIGORENG
30gm halia
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2) Biarkan selama 20 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
5) Tuangkan kicap dan masak seketika.
6) Curahkan ke atas ikan.
7) Taburkan halia,bawang putih dan minyak bijan ke atas ikan.

Info
Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.

 

4. SUP IKAN HARUAN

20150507_065612-630x315
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
500ml air
2 sudu besar minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DITUMBUK
30gm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.Masukkan air.
3) Apabila mendidih,masukkan asam keping,ikan dan garam.
4) Masak lagi hingga mendidih.
5) Taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi.Membantu penyembuhan luka dengan cepat.

 

5.SUP SAYUR CAMPUR

chap-chai-recipe
BAHAN-BAHAN
500ml air
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIPOTONG
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

BAHAN-BAHAN TUMBUK
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.
4) Apabila mendidih,masukkan sayur-sayuran.
5) Bila sayur empuk,masukkan garam.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.

Leave a Reply