TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP KENCING MANIS

490366920_XS

Tanda-tanda awal jika seseorang itu menghidap kencing manis sangat sukar dikesan. Hanya apabila keadaan itu menjadi ke tahap yang lebih serius, barulah pesakit akan sedar mengenai penyakit yang dihadapi.

  • Gula dalam darah tinggi

Adalah normal apabila kadar gula dalam darah naik selepas anda menikmati hidangan. Namun, ia adalah tidak normal jika kadar gula tinggi secara berterusan sepanjang hari. Dapatkan alat mengesan kadar gula dalam darah di farmasi yang bertauliah untuk anda mengawalnya dari rumah.

  • Kerap membuang air kecil dan rasa dahaga

Buah pinggang anda antara organ yang akan membantu dalam mengurangkan gula dalam darah dengan cara membuang air kecil.

 

SG-Why-does-diabetes-make-me-so-thirsty-722x406

  • Selalu berasa dahaga

Anda selalu berasa dahaga, dan rasa itu tidak hilang walaupun anda telah minum banyak air. Ini adalah kerana badan anda hendak menggantikan cecair yang telah hilang berikutan kerap membuang air kecil.

 

 

  • Berat badan kurang walaupun makan banyakHow-to-stay-motivated-to-lose-weight

Apabila gula dalam darah berada pada tahap yang tinggi, ini akan menyebabkan anda kehilangan berat badan. Jangan cepat merasa gembira kerana berjaya mengurangkan berat badan melalui cara ini bukanlah sesuatu yang sihat.

 

 

 

 

 

  • Rasa lapar selalu466614231

Jika insulin tidak dapat berfungsi dengan baik dalam menukarkan gula kepada tenaga, badan anda akan merasakan kekurangan tenaga lalu bertindak pada lemak yang terdapat dalam otot untuk menghasilkan tenaga. Ini akan menyebabkan anda berasa lapar.

 

  • Luka sukar sembuh

Bagi mereka yang menghidap kencing manis, saluran darah akan menjadi mudah rosak dan akan menyukarkan darah untuk sampai ke anggota badan yang diperlukan untuk proses penyembuhan luka.

stab-wound-care

 

 

  • Mata jadi kabur

Pesakit kencing manis kebanyakannya menghadapi perubahan pada bentuk kanta dan mata. Walaubagaimanapun, ia akan kembali kepada bentuk asal apabila kadar gula dalam darah kembali normal. Namun, pesakit berupaya menjadi buta atau menghadapi kerosakan kekal pada mata jika penyakit itu tidak dirawat.

blurry-eyes

 

  • Masalah kulit

Kulit di sekitar leher atau bahagian bawah lengan akan menjadi gelap. Pelbagai masalah kulit lain juga akan muncul.

 

Leave a Reply