TANDA-TANDA KEHAMILAN

early-pregnancy-signs-950x1152

1. Tidak Datang Haid
Tanda kehamilan yang paling mudah untuk seseorang sedar adalah haid yang tidak datang setelah 28 hari dari tempoh datang haid pada bulan sebelumnya.

Tetapi tidak semestinya lambat datang bulan bermaksud mengandung kerana stress, diet, aktiviti harian dan gangguan hormon juga mempengaruhi kitaran menstrual.

Wanita tidak akan datang haid ketika mengandung kerana apabila telur ovum sudah disenyawa, badan tidak akan menghasilkan sel telur baru sepanjang kehamilan.

2. Mual 
Mual di pagi hari sering menjadi tanda awal kehamilan untuk kebanyakan wanita.. Kebiasannya rasa mual bermula pada minggu ke-4 sampai ke-8 kehamilan, tetapi ada juga yang sudah muntah-muntah bermula 2 minggu pertama kehamilan.

Walaubagaimanapun rasa mual ini sekejap sahaja. Rasa mual disebabkan peningkatan drastik kadar hormon esterogen pada awal kehamilan yang dihasilkan oleh placenta dan janin. Peningkatan estrogen mengakibatkan pengosongan usus berjalan lebih lambat.

10458828

Pada waktu ini wanita hamil akan terasa sangat sensitif terhadap bau, seperti bau masakan, kopi, minyak wangi, asap rokok dan lain- lain yang akan menyebabkan mudah datang rasa mual.

3. Mudah Letih

Ketika minggu pertama atau kedua kehamilan, tubuh akan bekerja lebih keras untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi memberi nutrisi kepada janin.
Jantung juga akan mengepam  lebih keras dan lebih cepat daripada kebiasan. Pada ketika ini kadar hormon progesteron meningkat naik. Kesemua keadaan ini menjadi punca mengapa ibu hamil mudah merasa letih dan mengantuk.

4. Suhu Badan Meningkat
Ketika mengandung, antara tanda kehamilan yang boleh diperiksa sendiri adalah peningkatan suhu badan.

shutterstock_17157100-480x320

5. Pendarahan Implantasi dan Sakit Perut

Pada masa awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sedikit pendarahan yang bewarna lebih terang daripada darah haid.

Pendarahan yang dinamakan pendarahan implantasi ini akan berlaku 10 atau 14 hari setelah persenyawaan apabila sel telur yang telah disenyawa melekat di dinding uterus. Perut juga akan berasa sakit seperti senggugut.

remedies-for-morning-sickness

Jika pendarahan dan sakit perut berlanjutan dalam tempoh yang lama, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

6. Gejala PMS
Gejala PMS biasanya akan sering dialami, seperti perut kembung, sakit pinggang, rasa sakit pada payudara dan selera makan menjadi meningkat.

Jika tidak didatangi haid walaupun telah mengalami gejala PMS ini dalam tempoh yang lebih lama dari kebiasaan, berkemungkinan ini adalah petanda kehamilan.

7. Kerap Sakit Kepala
Wanita hamil mungkin akan merasa terganggu dengan munculnya rasa sakit kepala yang sering terjadi.

Ini disebabkan peningkatan peredaran darah kerana terdapat perubahan hormon. Tekanan darah yang rendah akan menyumbang lagi kepada kekerapan rasa pening kepala.

Oleh itu, wanita hamil dinasihatkan mengambil zat yang mencukupi.

8. Emosi Tidak Stabil
Seorang wanita yang sedang mengandung akan mudah beremosi dan berasa sensitif walaupun dalam keadaan yang biasa sahaja. Ini kerana peningkatan hormon di dalam badan terutamanya pada trimester pertama.

emotional-woman-cryingPerubahan karakter yang sensitif dan beremosi secara tiba-tiba adalah normal namun perlu dipantau agar tidak menjurus kepada penyakit depresi atau tekanan yang berlebihan.

9. Perubahan Pada Payudara

Perubahan fizikal yang dialami ketika kehamilan iaitu terjadinya perubahan pada payudara, dimana payudara menjadi terasa lebih lembut dan berat, bahkan juga sakit jika dipegang. Wanita menjadi lebih sensitif ketika dadanya tersentuh termasuk tersentuh branya sendiri. Setelah seminggu kehamilan, bahagian payudara juga akan merasa gatal.

Pada dua minggu pertama setelah awal kehamilan pula, payudara ukurannya mulai membesar dan berubah sebagai persiapan untuk menghasilkan susu terutamanya bagi wanita muda.

Perubahan tersebut kerana penghasilkan hormon esterogen dan progesteron yang meningkat dengan cepat. Perubahan payudara sangat jelas ketika baru pertama kali hamil.

10. Perubahan Bentuk Badan
Seperti yang diketahui bahawa perut menjadi membesar ketika seorang wanita mengalami kehamilan, namun bukan hanya perut tetapi bahagian lainnya seperti peha, dada dan lengan juga akan membesar.

Tanda awal kehamilan juga boleh dilihat pada perubahan warna pada bibir organ intim (area kewanitaan) bertukar daripada warna semulajadi merah muda menjadi berwarna lebih pucat ataupun gelap.

Organ intim wanita juga akan mengeluarkan cecair sepeti keputihan. Cecair tersebut dihasilkan daripada proses pembuahan yang berasal dari cervical mucus.

Cervical mucus iaitu lendir leher rahim / lendir serviks. Lendir serviks yang sihat menjadi jalan dimana sperma dapat menuju dengan lancar ke dalam saluran telur, membantu menjaga dan menutrisi sprema, serta membantu pergerakan sperma di dalam rahim agar bertemu sel telur.

11. Sakit Punggung
Sakit punggung akan biasa dialami oleh wanita mengadung sehingga melahirkan anak.

12. Sembelit
Sembelit juga biasa menjadi tanda-tanda awal kehamilan, hal itu kerana peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan proses pencernaan atau penghadaman menjadi lebih lambat.

Untuk membantu supaya keadaan sembelit tidak menjadi teruk, wanita yang mengandung dinasihatkan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti apricot kering, brokoli, jagung, oat dan kacang merah.

13. Berubah Selera Makan
Jangan terkejut jika makanan yang paling tidak disukai sebelum mengandung menjadi makanan kegemaran ketika wanita mengandung. Hal ini kerana perubahan hormon menyebabkan selera makan juga berubah.

Young woman eating pizza

Daging atau makanan bersusu biasanya tidak digemari wanita hamil. Perubahan selera biasannya terjadi ketika trimester pertama dan kedua kerana pada masa ini perubahan hormon sangat aktif.

14. Hilang Selera Makan
Peningkatan kadar hormon beta-hCG (human chorionic gonadotrophin) dan sensitif terhadap bau-bauan berakibat wanita hamil menjadi tidak mempunyai selera makan.

Namun ibu hamil harus makan supaya diri dan kandungan mempunyai cukup zat.

15. Sering Buang Air Kecil
Ketika hamil, janin yang tumbuh di dalam rahim akan menekan pundi kencing menyebabkan kekerapan membuang air kecil meningkat. Peningkatan penghasilan darah juga menyebabkan buah pinggang perlu menapis darah dan menyebabkan pundi kencing sentiasa penuh.

images
16. Sering Meludah (Hipersalivasi)
Mungkin ramai yang tidak mengetahui antara tanda kehamilan adalah sering meludah. Perubahan hormon estrogen ketika kehamilan trimester pertama mengakibatkan penghasilan air liur yang banyak, disebabkan itu wanita hamil sering berasa ingin meludah.

Keadaan ini akan beransur hilang semasa memasuki tempoh kehamilan trimester kedua.

Leave a Reply