TIPS DAN CARA UNTUK HAMIL

Parenting-Family

Setiap pasangan impikan cahaya mata sendiri lebih-lebih lagi bila melihat bayi yang comel di FB dan Instagram. Untuk pasangan yang sudah lama berkahwin, tentu stress bila cahaya mata yang ditunggu tidak kunjung tiba. Lebih stress apabila orang sekeliling mula mempersoalkan dan menyindir tentang anak. Mari lihat tips dan cara untuk membantu mendapatkan anak.

1) Kira waktu subur

Ketika ovulasi, ovum wanita dilepaskan dari ovari untuk disenyawakan bersama sperma. Waktu ovulasi wanita adalah 14 hari selepas hari pertama datang bulan pada bulan itu. Waktu ini amat sesuai untuk pasangan yang merancang kehamilan untuk melakukan hubungan intim. 

Antara tanda ovulasi adalah peningkatan cervical mucus atau lendir lutsinar dan tidak putus yang keluar dari faraj. Pada waktu ovulasi juga suhu badan akan lebih tinggi berbanding suhu normal.

bazalnaya-temperatura-

Jika takut terlepas hari penting ini, pasangan boleh mendownload apa-apa aplikasi ovulation calender di telefon bimbit. Jangka hayat ovum yang telah dilepaskan adalah selama 12-24 jam manakala sperma adalah kurang daripada 48 jam atau 2 hari. Selepas tempoh ini, peratusan persenyawaan ovum dan sperma adalah tiada atau amat tipis.  Jadi untuk langkah hamil yang lebih berkesan , lebih elok jika hubungan intim dilakukan kerap ketika menghampiri hari ovulasi.

2) Jaga pemakanan

Pemakanan amat penting bagi memberi nutrisi yang mencukupi untuk pengeluaran hormon yang normal dan bagi kesihatan organ. Antara makanan yang membantu kesuburan wanita adalah sayuran hijau, kekacang, omega3, vitamin dan folik asid.

Manakala antara makanan yang membantu meningkatkan bilangan sperma dan kesuburan lelaki adalah bawang putih, zink, brokoli dan omega-3. Pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata bolehlah memasukkan makanan seperti yang dinyatakan tadi dalam diet harian.

Anda boleh klik di sini untuk penerangan dan lebih banyak makanan & diet yang boleh membantu untuk hamil.

Selection of healthy food on rustic wooden background

Dalam mengamalkan diet yang membantu kesuburan, jangan lupa untuk elak daripada makanan atau minuman  yang menyumbang kepada masalah untuk mendapatkan cahaya mata. Minuman yang tinggi kafein dikatakan boleh membawa masalah untuk mendapatkan anak. Selain itu, alkohol dan makanan berproses seperti mi segera dan makanan sejuk beku antara makanan yang menyebabkan tidak subur atau susah hamil. Makanan yang tinggi gula juga jangan lupa elakkan jika sedang merancang untuk hamil. Makanan tinggi gula bukan sahaja tidak elok sebelum hamil, malah semasa hamil juga perlu diambil dalam kuantiti yang berpatutan supaya ibu hamil tidak menghidap diebetes atau kencing manis.

Selain menjaga pemakanan seharian, jangan lupa untuk bersenam.

3) Elak stress

Pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata haruslah elakkan stress dan tekanan. Cari solusi & cara untuk meredakan tekanan terutamanya tekanan di tempat kerja. Lebih bagus jika sekali-sekala pergi bercuti untuk luangkan masa bersama pasangan. Mungkin boleh kembalikan mood honeymoon atau seperti baru selepas berkahwin.

honeymoon_sunset

4) Doa

Anak adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Jika Allah ingin memberi rezeki, tiada apa yang dapat menghalang perintah Allah. Oleh itu, usaha kita mestilah disertakan dengan doa. Minta dengan bersungguh kepada Allah dan pasanglah niat yang murni sebab untuk hamil dan mendapatkan anak.

Antara doa yang boleh diamalkan untuk hamil:

doa-agar-cepat-hamil-di-islam

Jika susah untuk hafal doa di dalam bahasa Arab, berdoalah apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran dengan ikhlas.

EXTRA: SEBAB SUSAH HAMIL

1) Obese atau tinggi kolesterol

Tingginya kadar kolesterol akan mengacaukan keseimbangan hormon sehingga terganggu kitaran menstrual. Apabila kitaran menstrual terganggu, perlepasan telur ovum dari ovari juga akan terganggu menyebabkan haid datang lambat atau tidak datang dalam beberapa bulan walaupun tidak hamil.

2) Jumlah sperma yang sedikit

Jumlah sperma yang sedikit dan tidak berkualiti disebabkan oleh permakanan dan cara hidup.

3) Ubat-ubatan yang boleh menjejas kualiti sperma.

4) Ovum berkurang kerana usia

5) Rahim dan testes yang bermasalah.

Terdapat pelbagai penyakit organ wanita & lelaki yang boleh membawa kepada komplikasi untuk mendapat anak. Bukan wanita sahaja perlu berjumpa pakar tetatpi kedua pasangan dinasihatkan pergi bersama berjumpa dengan gynae untuk mengetahui punca sebenar masalah untuk hamil.

Leave a Reply