Tips kekal tampil CANTIK ketika hamil.

hamil

Tiga bulan pertama kehamilan, hormon estrogen dalam tubuh akan meningkat. Akibatnya, pelbagai masalah terjadi. Walau bagaimanapun, dengan perawatan yang tepat, apa juga masalah yang berkaitan dengan hormon kehamilan pasti dapat diatasi. Berikut merupakan tips yang mungkin ibu-ibu boleh amalkan untuk merawat masalah-masalah ktika hamil:

Wajah kusam

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang gemar ke salon/ spa untuk merias wajah. Biar apa pun pilihan anda, perawatan kecantikan wajah perlulah berasaskan bahan-bahan semulajadi supaya tidak memberikan kesan buruk kepada diri dan juga bayi dalam kandungan.

Gusi berdarah

Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi. Ia biasa terjadi sewaktu memberus atau melakukan flos di celah gigi. Apa yang ibu-ibu bleh amalkan adalah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan ibu-ibu boleh memilih berus gigi jenis lembut. Jika gigi anda sensitif, gunakanlah ubat gigi khas. Ibu-ibu juga boleh menggunakan ktulan ais bagi mengurangkan pendarahan. Jika berlanjutan, ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor gigi dan minta khidmat nasihat.

Wajah berminyak

Ada ibu-ibu yang mungkin mengalami masalah kulit berminyak dan wajah dipenuhi jerawat ketika hamil. Amalkan membasuh wajah dua kali sehari menggunakan pembersih muka yang sesuai untuk wajah.

Pigmentasi

Ada juga ibu yang mengalami masalah pigmentasi pada wajah. Untuk mengatasi masalah ini, ibu-ibu boleh menggunakan krim pelindung ultra ungu bagi mengurangkan masalah ini.

Kulit kering dan gatal

Masalah kulit kering dan gatal yang dialami ibu hamil mungkin disebabkan oleh kulit meregang akibat kandungan yang semakin membesar. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku. Sebaliknya usap dengan kain lembut hingga hilang rasa gatal. Sapukan minyak seperti minyak bayi pada bahagian berkenaan untuk mengekalkan kelembapan kulit di bahagian yang gatal.

Rekahan

Terdapat juga ibu-ibu yang mungkin alami rekahan di kawasan seperti payudara, perut, paha dan pinggul. Oleh itu, rajinlah melakukan urutan menggunakan minyak atau pelembap yang sesuai di kawasan tersebut.

Urat bersimpul

Timbulnya urat-urat halus di permukaan kulit adalah kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat beban kandungan yang dibawa. Semakin bertambah usia kandungan, semakin timbul urat-urat disekitar betis dan paha. Cuba ibu-ibu elakkan berdiri terlalu lama serta hindari kaki berada dalam keadaan tergantung.

Apapun masalah yang dihadapi, ibu-ibu perlu yakin dan percaya bahawa setiap detik kehamilan itu sangat bermakna, ibu-ibu juga kuat menghadapinya! =)

Leave a Reply