TIPS MENGUBATI KENCING MANIS

13972169441630950856

Kencing manis adalah keadaan dimana kadar gula yang terdapat dalam darah berada pada kadar berlebihan. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, dalam badan manusia terdapat suatu hormon yang dipanggil insulin. Hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas berupaya untuk menukar gula dalam badan kita kepada tenaga yang digunakan untuk melakukan aktiviti seharian.

Apabila anda menghidap kencing manis, insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi untuk menukar gula berlebihan itu kepada tenaga. Oleh itu, tenaga tidak dapat dihasilkan dan gula berlebihan itu hanya keluar apabila anda membuang air kecil.

TIPS S.M.P DALAM MENGUBATI KENCING MANIS

SEDIA

medical-consultation

Antara perkara PERTAMA yang anda perlu lakukan. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan mengenai penyakit kencing manis/diabetes. Jangan terlalu cepat mendiagnos diri anda sebagai seorang yang menghidap kencing manis. Aturkan temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan keatas anda. Bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Apabila doktor telah sahkan anda sebagai seorang yang menghidap kencing manis, fahami dengan teliti tentang rawatan yang disyorkan. Jangan cepat terpedaya dengan rawatan atau ubat-ubatan yang menawarkan penyembuhkan dalam masa yang singkat. Tidak semua ubat-ubat yang ditawarkan di pasaran sesuai untuk diambil oleh pesakit kencing manis. Hadirkan diri ke ceramah atau program kesihatan yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dan swasta.

 

MAKANcreateYourPlate

Amalkan pemakanan yang seimbang. Dalam setiap hidangan anda perlu mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan fiber namun hanya dalam kuantiti kalori yang diperlukan seharian. Perlu diingatkan untuk anda menjauhi makanan seperti ais-krim, minuman ringan atau karbonat, dan segala makanan manis kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan tersebut.

 

PATUH

Sebagai seorang yang menghidaDiabetes-Meter-and-Glucose-Test-Stripspi penyakit kencing manis, iaitu antara penyakit yang tertinggi dan banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia, anda perlu patuh segala arahan doktor dalam pengambilan ubat dan rawatan. Ini bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang lebih serius seperti anda perlu menjalani pembedahan. Amalkan aktiviti yang sihat dan jauhi segala aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tidak seimbang dan segala aktiviti tidak sihat yang lain. Sentiasa kawal kadar bacaan gula dalam darah anda dan rujuk doktor jika anda menghadapi kesulitan dan ingin mendapatkan nasihat.

 

Leave a Reply