Trimester pertama hamil: cabaran buat bakal ibu!

I'm pregnant

Tiga bulan awal kehamilan merupakan saat yang penting dan rapuh buat bakal ibu terutama yang baru kali pertama mengalaminya. Para suami serta keluarga perlu memberi motivasi serta semangat buat ibu baru ini supaya mereka terus POSITIF dan gembira dengan perubahan yang berlaku.

Berikut merupakan beberapa tips persediaan buat bakal ibu dan ayah bagi menghadapi Trimester pertama ini dengan jayanya:

  • Keletihan – Memasuki minggu kelima kehamilan, secara tiba-tiba bakal ibu merasa perubahan pada diri; menjadi letih dan penat sekali! Rasa mual serta loya juga mula menyerang tanpa diduga. Bakal ibu bolehlah ambil masa untuk baring dan rehatkan diri ketika letih terutama waktu tengahari. Untuk bakal ibu bekerjaya, jika boleh tidur sekejap (nap/ Qaylulah) untuk memberi kerehatan sementara.
  • Kekerapan buang air kecil – Peningkatan saiz rahim bagi memudahkan tumbesaran janin menyebabkan bakal ibu merasa hendak membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Rahim yang membesar menekan pundi kencing. Namun, jangan gusar, bila bakal ibu memasuki trimester kedua, lama-kelamaan rahim sudah mengembang di luar rongga pelvik dan akan mengurangkan tekanan pada pundi kencing. Bakal ibu kerapkan minum macam biasa atau dalam kuantiti yang sedikit namun kerap, serta buang air bila terasa hendak membuang, jangan pula tahan takut risiko batu karang! Bakal ibu juga bolehlan amalkan senaman pelvik/ kegel (baring dan menahan nafas beberapa ketika seperti hendak menahan kencing dan lepas perlahan-lahan). 

senaman kegel

  • Sakit kepala dan pening – Kadangkala sakit kepala memberi masalah kepada bakal ibu di awal kehamilan. Puncanya tidak dapat dipastikan lagi, tetapi ketidakselesaan, peningkatan kepada peredaran darah serta perubahan kepada hormon bakal ibu mungkin menjadi faktornya. Lain-lain penybebab mungkin kerana keletihan serta tekanan kepada bakal ibu yang masih dalam kondisi penyesuaian. Jika bakal ibu boleh rehat dan tidur, dan mendapati pening itu hilang setelah rehat, maka bakal ibu boleh melihat kepada rutin tidur (tidak cukup tidur juga faktor!). Jika pening terlalu kerap, dan mengganggu rutin harian bakal ibu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat saranan yang paling baik untuk kehamilan.

Bakal ibu perlu sentiasa positif, makan makanan yang masih lalu ataupun kerapkan pengambilan snek ringan seperti biskut kering atau roti supaya perut tidak kosong. Perut kosong akan menyebabkan bakal ibu lebih mudah loya, tidak bertenaga serta pening kepala. Tabah ye para bakal ibu! Sesungguhnya setiap detik cabaran kehamilan memberi PAHALA serta GANJARAN yang sangat banyak kepada anda!

 

Leave a Reply